Sunday, April 29, 2012

Galeri Sultan Azlan Shah

Salam kembara,

Pada cuti yang lepas, putera bersama wife balik kampung di Perak. So kitorang jejalan la sekitar bandar Kuala Kangsar, kampung teman tu. Ade satu lokasi yang putera nak sangat pergi sebelum ni tapi tak berkesempatan iaitu Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bukit Chandan. Kawasan Bukit Chandan ni banyak terdapat istana-istana lama dan rumah-rumah pembesar dulu-dulu memandangkan Kuala Kangsar merupakan Bandar DiRaja bagi negeri Perak.