Sunday, April 29, 2012

Galeri Sultan Azlan Shah

Salam kembara,

Pada cuti yang lepas, putera bersama wife balik kampung di Perak. So kitorang jejalan la sekitar bandar Kuala Kangsar, kampung teman tu. Ade satu lokasi yang putera nak sangat pergi sebelum ni tapi tak berkesempatan iaitu Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bukit Chandan. Kawasan Bukit Chandan ni banyak terdapat istana-istana lama dan rumah-rumah pembesar dulu-dulu memandangkan Kuala Kangsar merupakan Bandar DiRaja bagi negeri Perak.

Galeri ini menempatkan pelbagai koleksi gambar, pakaian istiadat, peralatan sukan, cenderahati dah hadiah serta kenderaan milik Sultan Perak ke-38, Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Ghafarullahu Lahu Shah. Bangunan asal galeri ini adalah sebuah sekolah lama yang dibina sekitar kurun ke-19 dan dinaiktaraf sebagai sebuah galeri pada tahun 2005 (kalau tak silap la).

Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dari persimpangan keluar Plaza Tol Kuala Kangsar manakala dari Jam Besar Bandar Kuala Kangsar mengambil masa 5 minit. Sepanjang perjalanan 5 minit itu kami dapat lihat pemandangan Sungai Perak mengalir tenang disamping terdapat pembinaan di seberang sungai, mungkin untuk dijadikan sebagai waterfront. Indahnya Kuala Kangsar.

Bergambar dekat pancuran air di pintu masuk perkarangan Galeri.

Putera bersama wife

Putera dan wife duduk ambil nafas selepas penat berjalan sekitar Galeri.

Berlatar belakangkan potret Sultan & Sultanah serta kerusi bersemayam.

Rekabentuk replika persandingan diraja.

Gambar persandingan diraja antara Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Kolam pancuran air berhadapan pintu masuk Galeri. Sebelah kiri gambar adalah ruang koleksi kenderaan diraja.

Pintu masuk utama ke Galeri.

Sekian dahulu buat masa ni. Sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment