Salam,
Kali ini putera dan wife pergi memancing di Sg Johor. Kami pergi memancing di rakit yang banyak terdapat di sepanjang Sg Johor. Contoh rakit yang ada, Rakit Tiram Fishing Village, Rakit Anak Sedili, Rakit Sg Layang dan lain-lain lagi. Putera ke Rakit Tiram Fishing Village atau lebih dikenali dengan nama Rakit Atan, sempena nama owner rakit iaitu Pak Atan.