Sunday, November 4, 2012

Trip Memancing @ Sg Johor

Salam,

Kali ini putera dan wife pergi memancing di Sg Johor. Kami pergi memancing di rakit yang banyak terdapat di sepanjang Sg Johor. Contoh rakit yang ada, Rakit Tiram Fishing Village, Rakit Anak Sedili, Rakit Sg Layang dan lain-lain lagi. Putera ke Rakit Tiram Fishing Village atau lebih dikenali dengan nama Rakit Atan, sempena nama owner rakit iaitu Pak Atan.






Sebelum sampai ke destinasi, perlu melalui jalan tanah merah bersebelahan pejabat Loji Air Sultan Iskandar milik SAJ.



Jangan risau, bukan sepanjang perjalanan melalui tanah merah, malah ada jalan bertar hingga ke destinasi. Jarak perjalanan lebih kurang 8 km.



Sebelum sampai ke destinasi, terdampar indah pemandangan Sg Layang yang mempunyai pintu air yang mengalir ke Sg Johor. Sini pun boleh memancing.




Pintu air yang dimaksudkan. Selepas pintu air tersebut sebelah kanan, jalan masuk ke jeti.



Inilah dia pemandangan kawasan parkir pemancing berhampiran dengan jeti. Kali ini kawasan parkir telah dinaiktaraf kepada 2 kawasan, cukup luas.



Menaiki bot ke rakit Pak Atan.





Pulau Layang. Berhampiran pulau tersebut terdapat Rakit Sg Layang.



Sekitar kawasan rakit.




Ikan kedua yang berjaya dinaikkan. Ikan pertama tak sempat nak 'snap'.




Ikan ketiga yang berjaya dijinakkan. Ikan duri.







Ikan keempat from my wife. Ikan Sebelah aka Ikan Sisa Nabi.




Ikan kelima juga from my wife. Ikan duri jugak.



Sesi bergambar dulu sebelum masuk ke kuali.




Hasilnya setelah keluar daripada kuali. Ikan Sebelah, Ikan Gelama dan sebahagian Ikan duri digoreng. Sedap tak terhingga, fresh. Credit to my wife.



Selebihnya dimasak asam pedas Ikan duri. Memang 'terangkat' beb.


1 comment:

  1. Boleh tak Kasi full info jalan ke sana? Dari Woodland Checkpoint

    ReplyDelete