Kami bertolak pada jam 1 pm. Hotel dah book & should be check-in dlm jam 3 pm, kalo ikutkan masa perjalanan 2 jam. Tapi apakan daya, kami terlibat dalam sebuah kemalangan, bukan kami yang eksiden, tapi kereta lain la, yang menyebabkan kami dan pengguna jalan yang lain terlibat sama. Hampir setengah jam kami menunggu sebelum dibenarkan bergerak. Kemalangan berlaku di atas jambatan Sg Dohol, depan sket drp kawasan kubu British lama di Jalan Jemaluang menghala Felda Tenggaroh.
Tiba di hotel D'View dalam jam 4 pm lebih. Sesampai di hotel, kami disambut oleh kawan putera yg sedia maklum akan kedatangan putera di sana. Kitorang minum-minum dulu. Jalan sekitar agak sesak disebabkan terdapat Karnival Gempak Mersing 2012. Lepas check-in, kami berjalan-jalan sekitar tapak karnival. Tak lama pun, sebab penat kan...
Aktiviti malam, macam biasa cari port nak makan. Kebetulan sebelah hotel terdapat sebuah restoran Melayu. OK la tu kan. So oder la nasi goreng kampung ayam, wife pun sama. Alangkah kecewanya kerana apa yang diharapkan jauh sekali. Nasi goreng kampung yang dioder tidak sama sekali dengan nasi goreng kampung yang biasa kami rasa. Tawar, kurang pedas, tiada ikan bilis dll. Terus hilang mood nak makan. Wife dah geram sangat sebab lapar, lunch pun masa di Ulu Tiram, kan lama tu kalo malam baru nak makan. Ada jugak pengunjung restoran sebelah kami merungut tentang makanan di situ. Kami senyum je. Sumpah lepas ni kalo pegi ke Mersing tak akan makan di restoran tu lagi.
Dengan perut yang kenyang sket, kami pun mencari port untuk memancing. Plan nak memancing berdekatan hotel. Tapi disebabkan ada karnival, kebetulan ada pertandingan memancing di situ, maka kami mencari alternatif lain. Putera datang bukan untuk bertanding, just nak enjoy memancing, dalam keadaan yang tenang. Putera memancing di belakang Hotel Riverside (sungai belakang hotel). Tempat baru dan agak selesa & menarik untuk memancing di situ. Berdekatan pula dengan restoran mamak (tak ingat pulak nama restoran tu) dan apa lagi, putera membelikan makanan untuk wife putera yang tak berapa kenyang tadi. Puas hati & perut la senang cerita.
![]() |
Ni je pic yg kawan putera sempat snap. Candid lak tu. Credit to Ridhuan Shah. |
Memang kompem kalo jejakkan kaki ke sini lagi, putera akan menginap di Hotel Riverside. Berdekatan restoran, sungai Mersing dan bank. Walaupun malam tu air surut, tetapi berjaya jugak menaikkan 6 ekor ikan gelama yang tak berapa besar. Nak tunggu air pasang agak lambat, so kami buat keputusan untuk balik lebih kurang jam 12 tgh malam.
Esoknya, lepas check-out, kami bergerak ke arah Air Papan untuk meninjau keadaan di sana. Maklum je la, tak penah ke sana lagi. Pantai sangat cantik, landai hingga kalo air surut amat jauh untuk ke gigi air. Cuma resort/chalet agak kurang. Dah jauh perjalanan, kami terjumpa 1 port memancing laut. Terdapat jeti dan kat situ sebenarnya tempat orang beli ikan/hasil laut segar terus dari pembekal. Ia berhampiran dengan Fishing Bay Resort. Kami pun memancing dalam 2 jam sebelum bertolak balik. Kami singgah dulu untuk membeli keropok ikan, sos pencecah dan lain2 di kawasan perindustrian hasil laut Mersing. Kat situ memang port untuk beli keropok lekor dan menjadi tumpuan utama pengunjung dari luar Johor.
No comments:
Post a Comment