Semalam putera bersama wife pergi melawat sebuah memorial yang menempatkan mangsa nahas kapal terbang MAS di Tg Kupang, yang terletak di Jalan Kebun Teh, JB. Tg Kupang terletak di sebelah Tg Pelepas dan berhampiran dengan CIQ ke Tuas, Singapura. Sebenarnya putera dah lama nak pergi ke sini selepas terbaca kisahnya di Internet.
Papan tanda di pintu masuk |
Memorial Peringatan Tragedi Tg Kupang |
Ia merupakan satu kawasan perkuburan yang menempatkan mangsa nahas yang di tanam di dalam satu lubang. Mereka ditanam bukan sebagai satu jasad yang penuh (one piece) sebaliknya apa yang tinggal daripada jasad tersebut. Hanya nama-nama mereka beserta kewarganegaraan diabadikan pada batu marmar sepanjang 3 meter di sebelah hadapan. Kesemua mereka berjumlah 100 orang, 93 penumpang dan 7 anak kapal termasuk juruterbang. Tiada yang terselamat.
Semua mangsa nahas disemadikan di sini |
Tragedi yang berlaku pada petang 4 Disember 1977 telah memberi impak yang besar kepada MAS dan negeri Johor. Ia adalah nahas udara pertama MAS sejak ia beroperasi dan paling buruk dalam sejarah. Pelbagai andaian wujud tentang punca nahas tersebut dan macam-macam versi ada. Putera pun tak tahu lah mana satu yang betul. Ada yang cakap kene 'hijack' la, pilot bunuh diri la dsb.
Nama-nama mangsa nahas yang majoritinya warganegara Malaysia |
Ukiran nama mangsa nahas di batu marmar |
Cuma apa yang putera nak sampaikan ialah tentang tragedi yang menyayat hati ini. Tiada seorang pun yang hidup untuk menceritakan apa yang berlaku. Punca masih menjadi misteri yang belum terjawab. Anda boleh baca cerita berkenaan dengan lebih detail lagi di Internet, taip sahaja 'tragedi tg kupang'. Orang Johor patut mengetahui tragedi ini. Putera sejak menetap di Johor 12 tahun yang lalu, hanya sekarang baru maklum tentang peristiwa bersejarah ini seakan-akan ramai yang telah lupa. Tetapi mungkin tidak bagi penduduk Tg Kupang.
Sebelum pulang selepas ambil beberapa foto di atas, putera menghadiahkan al-Fatihah kepada mangsa-mangsa nahas yang beragama Islam. Semoga roh mereka tenang dan dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment