Sunday, November 4, 2012

Trip Memancing @ Sg Johor

Salam,

Kali ini putera dan wife pergi memancing di Sg Johor. Kami pergi memancing di rakit yang banyak terdapat di sepanjang Sg Johor. Contoh rakit yang ada, Rakit Tiram Fishing Village, Rakit Anak Sedili, Rakit Sg Layang dan lain-lain lagi. Putera ke Rakit Tiram Fishing Village atau lebih dikenali dengan nama Rakit Atan, sempena nama owner rakit iaitu Pak Atan.


Tuesday, August 28, 2012

Cuti-cuti Raya 2012 ke Terengganu

Salam,

Pada 20 Ogos lepas, putera, wife & mertua ke Terengganu berjalan-jalan makan angin. Dah lama tak ke Terengganu sejak tahun 2002. Tempoh hari sempat sampai ke Kuantan saja. Kali ini terlajak lebih sikit hehe.


Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012


Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan-rakan kami, keluarga kami, blogger-blogger di luar sana dan seluruh rakyat Malaysia.

Kepada yang memandu jauh pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati. Bagi yang tidak pulang ke kampung, awasi anak-anak anda bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.

Sunday, July 15, 2012

Memorial Tragedi Tg Kupang, Johor

Salam semua,

Semalam putera bersama wife pergi melawat sebuah memorial yang menempatkan mangsa nahas kapal terbang MAS di Tg Kupang, yang terletak di Jalan Kebun Teh, JB. Tg Kupang terletak di sebelah Tg Pelepas dan berhampiran dengan CIQ ke Tuas, Singapura. Sebenarnya putera dah lama nak pergi ke sini selepas terbaca kisahnya di Internet.

Papan tanda di pintu masuk

Saturday, May 26, 2012

Trip memancing @ Mersing

Assalamualaikum, cerita bersambung...

Kami bertolak pada jam 1 pm. Hotel dah book & should be check-in dlm jam 3 pm, kalo ikutkan masa perjalanan 2 jam. Tapi apakan daya, kami terlibat dalam sebuah kemalangan, bukan kami yang eksiden, tapi kereta lain la, yang menyebabkan kami dan pengguna jalan yang lain terlibat sama. Hampir setengah jam kami menunggu sebelum dibenarkan bergerak. Kemalangan berlaku di atas jambatan Sg Dohol, depan sket drp kawasan kubu British lama di Jalan Jemaluang menghala Felda Tenggaroh.

Friday, May 25, 2012

Trip ke Mersing

Sabtu ni, putera bersama wife akan ke Mersing, nak jalan2 la sket. Lame dah tak jalan & dating bersama wife di luar kawasan. Last trip ke Kuantan tahun lepas.

Sunday, April 29, 2012

Galeri Sultan Azlan Shah

Salam kembara,

Pada cuti yang lepas, putera bersama wife balik kampung di Perak. So kitorang jejalan la sekitar bandar Kuala Kangsar, kampung teman tu. Ade satu lokasi yang putera nak sangat pergi sebelum ni tapi tak berkesempatan iaitu Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bukit Chandan. Kawasan Bukit Chandan ni banyak terdapat istana-istana lama dan rumah-rumah pembesar dulu-dulu memandangkan Kuala Kangsar merupakan Bandar DiRaja bagi negeri Perak.